PENDETA
Pada tahun 1923, seorang anak muda Melayu berusia 28 tahun menulis suatu penulisan melangkau zamannya.
Dia menegur bangsanya sendiri. Katanya miskin nya Melayu bukan sebab dilahirkan sebegitu. Tapi kerana miskin akal, miskin akhlak & miskin usaha. Mereka suka jalan senang. Berfikir tidak panjang.
Dia juga katakan Melayu susah nak bersatu. Suka menyendiri dan kurang gemar berpesatuan. Kalau berpesatuan pun akan dengki mendengki dan menjatuhkan. Lebih banyak emosi dari akal.
Fast forward 100 tahun, masalah Melayu tetap sama. Kita pajakkan akal pada parti dan pemimpin. Anggap mereka maksum tiada dosa. Dan dogma agama diguna untuk politik kuasa. Kunci ke syurga kata mereka.
Melayu tetap miskin merata2. “Ini semua dunia” pemimpin kata. Sambil mereka tambah koleksi kereta. Mercedes dengan Alphard. Sama Paleside.
Kita lihat bila mereka minta Melayu bersatu, tapi langkah mereka songsang seperti ketam. Mengajar anak berjalan lurus tapi tonggang langgang.
Kerajaan Negeri Perlis yang hanya ada seorang Pembangkang pun, hampir tumbang. Pemimpin Melayu Islam tikam menikam.
Pemimpin kata mereka akan buat PAYUNG Besar Melayu. Tapi 2 parti besar Melayu kerjasamanya hampir ghuyup.
Sebab apa? Mereka sendiri langgar “Payung” kita. Raja di Istana. Dan ini bukan pertama kali. Puncanya, berebut2 projek negeri ![]()
Betullah cakap pemuda itu, 100 tahun lalu. Kalau perangai dengki mendengki, sampai bila tak bersatu.
Namun pemuda itu bukan saja menegur dia bagi solusi sekali.
Katanya kalau Melayu nak keluar dari kemiskinan, AKAL, AKHLAK dan USAHA kena dipertingkatkan. Kena juga belajar berkerjasama dan berpesatuan.
Isunya, ramai pemimpin politik buat sebaliknya. Sebab politik, propaganda memandir2kan kita. Sebab nak kuasa, mereka guna emosi dan persepsi, bukan mengangkat akal.
Our political scene is at the lowest low. Semua parti Melayu berantakan.
1. UMNO berpecah dua dalam senyap. Satu bersama Presiden sekarang. Satu side lagi harap bekas Perdana Menteri lepas bebas. Dan nak diangkat semula kelak.
2. Bersatu, Presidennya lepaskan Pengerusi PN bukan sebab lemah. Itu taktikal semata. Tengokkan partner nya boleh survive tak politik nasional. Nak kata dia akan lepas jawatan Presiden Parti? Jauh sekali. Naib Presiden masih akan gigit jari.
3. PAS akan mula berantakan untuk memilih siapa nak dilantik jadi Pengerusi PN. Block profesional vs Blok Ulama. Ini punca dulu perpecahan sampai wujud parti Amanah. Ada set2 yang nampak gap yang ada dalam parti. Tetiba geng Pejuang pun masuk sekali. Jangan lah terkejut kalau nanti Negarawan diangkat jadi Pengerusi. Mereka akan hendak dia naik jadi PM 3 kali.
4. Blok Kerajaan pun sama juga. PMX mungkin nampak takde pemimpin Pembangkang boleh lawan dia. Dari segi geopolitik dan ekonomi, dia makin menyerlah. Tetapi tiada gerenti penggal kedua ya. PKR makin melemah. Konflik dalaman masih tak dikawal. Geng Otai lama ditinggal. Macam mana nak jadi PM kalau ketika PRU nanti, parti tak banyak kerusi. Takut parti lain hijack lagi.
Itu dia carca merba politik parti Melayu kita. Lepas 68 tahun kita merdeka.
Berbalik kepada pemuda tadi. Seorang Pendeta. Beliau ialah Pendeta Zaaba.
Beliau katakan solusi terbaik masih lagi KERJASAMA. Kerjasama tanpa nakkan kuasa atau nak kaya raya. Tapi dengan niat mengangkat bangsa.
Sebab itu sampai sudah, beliau tak masuk politik. Beliau terus menulis dan menegur. Membantu dalam pembangunan dasar negara. Penubuhan UMNO & MARA dan Felda adalah kerana buah fikirannya.
Itu pada saya, bila kepimpinan politik makin melemah. Kita perlu tingkatkan tekanan dari masyarakat sivil. Golongan yang tiada nafsu politik tapi hendak Negara lebih baik.
Golongan cerdik pandai dan cendiakawan. Golongan profesional dan korporat. Kini masanya menyumbang.
Pendeta Zaaba sarankan golongan ini kena bekerjasama. Mengangkat intelektual bangsa. Agar mereka tingkatkan akal, akhlak dan usaha mereka.
Ini boleh dibuat di media sosial. Bukan di Ivory Tower. Boleh mulakan dengan penulisan simple2. Sumbangkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran yang ada.
Akhirnya, pesan Pendeta Za’ba tetap relevan.
Kebangkitan bangsa tidak lahir dari jeritan politik, tetapi dari kerjasama orang berakal yang jujur niatnya.
Jika pemimpin sibuk berebut kuasa, maka tugas membina akal, akhlak dan usaha mesti dipikul oleh masyarakat sivil.
Rakyat biasa seperti kita yang menulis, mendidik, menegur dan berkongsi ilmu tanpa agenda.
Perubahan besar tidak bermula di istana, atau mesyuarat parti politik, tetapi dari fikiran Rakyat yang berani berfikir dan hendak berubah.
Di situlah sebenar-benar “penyelamatan” bangsa bermula. Bukan dengan payung besar atau slogan Melayu Terancam.
100 tahun lalu seorang Pendeta sudah bagi solusinya… kita yang lalai sebenarnya.
Maka, kini tiba masanya.
Kita jaga kita. Berjuang tanpa senjata.
Tapi dengan pen dan ilmu di dada.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
WIRA BANGSA PENDETA ZAABA





