RAHSIA DI SEBALIK NAMA “KJ”

RAHSIA DI SEBALIK NAMA ‘KJ’
Setahun Dia Dikuarantinkan – Bab Baharu Nilam Ortiz & Azlan Komeng


Foto : Amizan Ahmad

KELAHIRAN zuriat pasangan sensasi, Azlan Komeng dan Nur Nilam Ortiz, kembali mencuri tumpuan apabila putera kecil mereka, yang dikenali sebagai “KJ”, dimasukkan ke hospital minggu lalu akibat jangkitan kuman dalam darah. Pendedahan itu sekali lagi membuka ruang perbualan tentang perjalanan hidup pasangan ini—perjalanan yang penuh ujian tetapi menemukan damai di penghujungnya.

Sebelum ini, kehamilan Nilam tidak dihebahkan kepada umum. Menurutnya, keputusan itu dibuat demi kesihatan kandungan serta kestabilan emosinya dalam tempoh yang cukup mencabar. Ketika kandungan mencecah tiga bulan, konflik rumah tangga memuncak sehingga dikhabarkan berakhir dengan penceraian. Namun kelahiran KJ menjadi titik penyembuh, mempertemukan mereka kembali dalam ruang kedamaian dan harapan baharu.

Nama “KJ” turut menimbulkan persoalan. Mengapa nama sebenar dirahsiakan dan mengapa dipilih panggilan itu?

KJ itu singkatan kepada Komeng Junior. Dari panggilan itu sendiri, umum boleh menilai betapa kelahiran KJ sangat bererti bagi kami berdua. Apa yang berlaku sebelum dan selepas ini, masa depan dan kepentingan KJ adalah keutamaan kami,” jelas Nilam.

Selepas lima hari di hospital, KJ sebenarnya dijadualkan menjalani majlis akikah di kampung keluarga Azlan Komeng di Batu Pahat pada penghujung Disember. Namun, doktor menasihati agar majlis itu ditangguhkan selama setahun memandangkan KJ memerlukan pemantauan rapi dan perlu dielakkan daripada bertemu orang ramai. Tempoh kuarantin ini dianggap langkah paling selamat untuk memastikan kesihatan KJ terus stabil.

Nilam menyifatkan tempoh setahun itu sebagai ruang yang sangat bermakna:

“Saya anggap ini petanda terbaik daripada-Nya. Kuarantinkan KJ selama setahun adalah jalan terbaik untuk mengukuhkan hubungan kami sebagai suami isteri, dan pada masa sama memperkukuhkan semula prestasi Nilam Empire. Saya dan Azlan sepakat untuk memberi tumpuan kepada perniagaan secara lebih terancang, berprestij dan profesional.”

Nilam menegaskan bahawa semua urusan perniagaan kini dikendalikan secara lebih tersusun dan tidak lagi bergantung kepada janji lisan.

“Tiada lagi sekadar cakap mulut. Saya telah melantik peguam untuk mengurus aspek penting dalam perniagaan. Saya mahu setiap perkara ada hitam putih. Saya tidak mahu lagi terjebak dengan hal yang tidak pasti,” tambahnya.

Nilam Empire, yang terus berkembang pesat, mengekalkan momentum dengan tiga produk eksklusifnya:

  • Nilam Suri Massage Oil

  • Nilam Anggun

  • Susu Kolostrum Za’faran

Ketiga-tiga produk ini memberi tumpuan kepada kesihatan dan kecantikan pelbagai peringkat umur dengan harga mampu milik, selari dengan visi Nilam untuk memperkasa wanita dan keluarga melalui produk berkualiti tinggi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *