PIRAMID vs DIAMOND
Ini cerita seorang Perdana Menteri yang paling berjasa kepada Negara tapi tidak didendang.
Bermula sebagai anak pembesar Pahang, namun hidupnya sederhana. Masuk MCKK dan top scorer. Lantas dipilih untuk belajar jurusan Undang2 di London dan ditauliahkan sebagai Peguam dari Lincoln’s Inn.
Di sini beliau terdedah dengan work ethics antarabangsa, konsep bina negara dan diplomasi serta pengukuhan institusi.
Namun balik ke Malaysia, bukan jadi Peguam. Beliau memilih untuk menjadi penjawat awam. Jawatan Pegawai Kementerian dan Pegawai Daerah. Singkat beliau berkhidmat sebab diminta masuk UMNO dan tolong Perdana Menteri Pertama.
Beliau dilantik sebagai Menteri pada usia muda. Dan buat kerja excellent gila. Teliti, membumi dan tak gila glamer. Senyap je.
1970, Beliau jadi Perdana Menteri ke-2 dan ini jasanya pada Negara.
1. MAGERAN
Pengerusi MAGERAN selepas insiden 13 Mei dan hasilkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan wujudkan Rukun Negara. Pelopori reformasi politik melalui Barisan Nasional.
2. Polisi & Dasar
Melalui DEB- Lahir Dasar Bumi Hijau untuk galakkan penhijrahan Melayu ke bandar. Buat FELDA dan Polisi Buku Merah untuk galakan Peribumi berusaha sendiri untuk teroka tanah. Keluarkan mereka dari kemiskinan tegar.
Pelopor Dasar Pendidikan Negara Pertama.
Beliau juga adalah salah seorang arkitek utama ASEAN dan membuka hubungan diplomatik awal Malaysia–China. Malaysia jadi negara pertama di Asia Tenggara yang buka diplomasi dengan negara China. Melalui dia. Ramai negara tabik jua.
3. Institusi
Dialah pengasas PETRONAS bersama Ku Li. Dimulakan pada tahun 1974. Mereka letak batu asas dan struktur yang membolehkan PETRONAS jadi syarikat gergasi hari ni.
Senarai institusi yang beliau asaskan dan kukuhkan:
PETRONAS
FELDA (tubuh lebih awal, tapi dia perkukuhkan)
Tabung Haji (tubuh lebih awal, tapi dia perkukuhkan)
MARA
PNB (tubuh lebih awal, tapi dia perkukuhkan)
ASN & ASB
UDA
LPP
Bank Bumiputera- fokus pinjaman dan biaya untuk Bumiputera
Penubuhan pelbagai Universiti
Dan semua ini dibuat dalam masa 5 tahun 4 bulan beliau memerintah Malaysia sebelum beliau meninggal, tahun 1976.
**************
Kita perhatikan, semua institusi ini berdiri tegak lagi sehingga hari ni. Kecuali Bank Bumiputera, but that’s a tale for another day.
Apa secret sauce nya?
PM2 ini nak wujudkan ekonomi DIAMOND.
Dimana golongan ekonomi pertengahan tu beranak pinak. Dan mereka golongan terbesar, lebih besar dari golongan ekonomi bawahan (B40) dan ekonomi atasan (T20).
Kerana M40 boleh jadi tunjang ekonomi masa depan. Melalui sistem yang beri pancing bukan ikan.
PETRONAS, MARA, FELDA, PNB, UDA dan LPP.
Ini semua fokus kepada Rakyat terbanyak bukan Melayu terpilih. Mereka jadi catalyst kepada Rakyat Majoriti mengubah nasib.
Ini berbeza dengan Kroni Kapitalist. Bentuk ekonomi nya ialah Piramid. Jurang ekonomi melebar antara yang kaya dan yang miskin. Dan senang collapse jua.
Buktinya: MAS, PERWAJA, PROTON, RENONG, MAMINCO. Bandingkan prestasi mereka.
***************
Saya lahir zaman Perdana Menteri ke-4.
Ada kecendurangan setiap dari kita menyokong dan mentaksub Perdana Menteri dalam era kita dibesarkan.
PM4- Baby Boomer & Gen X
PM6- Millennials & Gen Y
PMX- Gen X & Gen Z (skip segenerasi sebab gen Reformasi).
Ini 3 Perdana Menteri yang ada pewala sendiri.
Tapi kalau kita kaji, tiada PM yang jasanya besar dan bertahan teguh hingga hari ini. Menjadi batu asas Negara. Dan beliau kekal tidak pernah ada drama dan skandal jua.
Inilah PM2. Beliau tiada penglipurlara atau team propaganda yang buatkan dia ramai pewala.
Malah jasanya orang hijack dan claim pula.
Pada saya, dia bukan politician. Dia bukan wala parti dan candu kuasa.
Dia bermula sebagai penjawat awam dan ethos nya hingga akhir hayat. Hanya BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.
Al-Fatihah kepada PM2 Tun Abdul Razak. Terlampau besar jasanya membina nusa bangsa.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
KARISMA PM2





