LABEL
Dari mendunia minggu lepas, hari ni kita membumi.
Tusyen Subuh kali ini kita nak buka minda kembali.
Belajar celik politik dan demokrasi.
Ticer selalu katakan, Politik ini suatu perang. Perang emosi dan persepsi. Untuk dapatkan undi dan mengawal Rakyat terbanyak.
Penggunaan retorik dan ketakutan dibuat oleh politikus dangkal.
Kerana mengikut Machiavelli, pemimpin yang ditakuti itu lebih berkesan dari pemimpin yang disayangi.
Sebabnya simple, perasan cinta itu boleh bertukar benci. Makanya untuk elak rakyat membenci, perlu buat anda ditakuti. Supaya yang membenci pun tak berani.
Pada masa yang sama, mula naikkan perasan benci kepada musuh kita. Biar Rakyat membenci mereka.
Dengan guna POLITIK LABEL.
Melabel musuh dalam politik menjadi senjata paling ampuh.
“Komunis” dan “Taliban”
“Liberal” dan “Islamist/ Extremist”
“Pengkhianat” dan “Macai”
Ini semua jalan shortcut untuk pajakan otak.
Bila melabel, penyokong taksub akan menonong ikut dengan emosi. Mereka akan rasa marah dan benci.
Bagi Rakyat yang lain pula, bila label ini diulam2 banyak kali (kerana itu kerja propaganda, untuk tanam di minda kita). Label ini hatta salah, kalau diulam2 akan melekat sudah.
Ada kala, kita pun terikut.
Pernah termakan naratif yang sedap di hati, walau tak masuk akal sama sekali.
Sebab manusia memang mudah tersentuh bila cerita dimainkan dengan takut dan benci.
*************
Ini bukan benda baru dalam sejarah. Politik dan propaganda melabel ini dah berlaku berkurun sudah.
Zaman Rom dahulu, yang bukan Tanah Rom digelar “the land of the barbarics”. Tanah yang tidak bertamadun. Ini untuk halalkan kempen perang dan peluasan jajahan.
Zaman Perang Salib, siapa sahaja yang menentang dan menentang Gereja yang makin tamak, dipanggil “INFIDELS” atau “kafir”. Darah mereka dihalalkan.
Sampai zaman mass media dengan TV dan suratkhabar, politik label dan benci ni lebih mudah disebarkan. Masa zaman Nazi, Kerajaan siap buat filem racist, tanam kebencian kepada suatu puak.
Setiap zaman ada alatnya.
Dulu pedang, kemudian pena, sekarang skrin.
Tapi matlamatnya sama.
Kawal minda, cipta musuh, dan halalkan kebencian.
**************
Politik label dan benci digerakkan oleh propagandis.
Mereka yang kerjanya 24/7 cuba memajak otak Rakyat dengan label, ketakutan dan politik benci.
Jangan tak tahu kawan2.
Ini industri bawah tanah yang tersusun.
Di Malaysia, ada profesor di Universiti mengaku dengan saya secara berdepan. Dia yang latih propagandis parti. Ikut ajaran Machiavelli, guna retorik dan emosi. Untuk mengawal pengundi.
Ingat Ratu Naga mengaku secara terbuka dalam interview, bayaran diberi beratus ribu dan berjuta. Untuk buat propaganda dan fitnah. Tambah isu sensitif melibatkan kaum dan agama.
Sekolah propagandis taklah ajar philosophy. Mereka tak ajar siapa dan apa Machiavelli. Tapi mereka ajar teknik dan ayat politik label dan benci. Dan bagaimana nak buat kilang naratif.
Seorang otai operator Parti bagitau saya, propagandist ini gun for hire.
Mereka akan pilih propagandist yang perangai tak semiak, huduh perangai dan mulut longkang.
Tujuannya spesifik untuk brainwash rakyat agar rendah akal. Untuk jadi MOB, zombie memajak akal kepada parti dan pemimpin.
Mereka akan ikut menonong propagandis tadi. Mereka jugalah tukang panjangkan politik label dan benci. Taksuber ini tadi.
**************
Macam mana kita nak kenal pasti pemimpin yang suka gunakan politik Machiavelli?
Tengokkan akai mereka, tengokkan budi.
Kalau terlampau guna label, ketakutan dan kebencian, haaa itu tunjukkan dia sedang buat kerja. Brainwash dan pajakkan otak kita.
Ada pepatah cakap “the devil is in the details, but the angel is in clarity.”
Pilih pemimpin/ penulis/ pempengaruh yang memberi pemahaman dan penjelasan. Memilih jalan susah memberi bigger picture kepada Rakyat.
Tolak pemimpin yang caranya menyerang secara spesifik. Guna label, takut dan benci. Jadikan otak kita makin sempit dan kurang berfikir.
Imam Ghazali pernah berpesan:
“When fear rules the heart, wisdom departs from the mind.”
Apabila ketakutan menguasai hati, maka hilanglah hikmah dari akal.
Ajar anak kita memilih mata burung dari mata lalat. Menolak EMOSI dan dahulukan AKAL.
Agar politikus dangkal dan propagandis jahat tak boleh cari makan.
Kena tahu taksuber parti ni LOUD MINORITY. Paling kuat 30% dari pengundi.
Maka, bangkit lah 70% SILENT MAJORITY.
Tolak politik benci dan kita sama2 lindungi Ibu pertiwi.
Salam hormat,
Liyana Marzuki





