AGENDA TIMBA BALAS AS-MALAYSIA

TIMBAL BALAS

“RTA 2025: Perjanjian Timbal Balas Perdagangan Malaysia–Amerika”.

Tusyen Subuh kali ini kita mendunia.
Bicara tentang perjanjian internasional.
Perjanjian Perdagangan Amerika-Malaysia.

Sebab masa zaman muda belia, Ticer pernah terlibat bagi inputs mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas US FTA dan tolong Menteri dalam Perjanjian RCEP, terpanggil lah Ticer nak beri sepatah dua kata.

Sebelum nak tengok detail nya, mari kita kaji apa ke benda Perjanjian Perdagangan. Faham kenapa President Trump nak sangat benda ni.

**************
Dasar ekonomi dolu2, tekankan “protectionism”.
Yakni dasar pelindungan. Barang negara luar tak boleh masuk pasaran tempatan.

Tahun 2000-an, dunia mula tekankan “Free Trade” yakni Perdagangan Bebas. Kononnya bila dunia bebas berdagang tanpa sekatan, semua negara akan maju sama-sama.

Tapi 20 tahun berlalu, banyak negara maju mula rasa tempiasnya.
Dulu China negara membangun. Sekarang dah jadi kuasa besar, kalahkan Amerika dalam banyak sektor.
Sampai buat Amerika terciduk.
Amerika sedar, Free Trade yang dia cipta dulu, sekarang makan diri pulak dah.

*********
DARI FREE TRADE KE “FAIR” TRADE

Bila Amerika dah rasa kalah dalam “free market”,
mereka ubah istilah:
Sekarang bukan “Free Trade” lagi
Tapi kami nak “Fair Trade”.

Maksudnya:
Kalau orang lain boleh jual barang ke Amerika dengan Zero Tariff (kosong cukai),
Amerika pun nak benda sama.
Kalau tak dapat, mereka akan naikkan tariff sendiri.

Inilah yang Trump buat sekarang, melalui Perang Tarif (Trade War).

Dia naikkan cukai import ke atas negara yang Amerika ada trade deficit.
Yakni negara yang lebih banyak jual barang ke US, daripada beli barang US.

*************

🇲🇾MALAYSIA DALAM RTA

Malaysia jadi negara pertama di ASEAN yang habiskan rundingan dengan Amerika.
Mula-mula mereka nak kenakan tarif sampai 25%
Lepas rundingan, turun jadi 19% saja.

Dan dari perjanjian ni, ada 5 manfaat besar untuk Malaysia.

***********

🇲🇾 LIMA MANFAAT UNTUK MALAYSIA

🟦1. Elak Dikenakan Tarif Tinggi
Kalau tak tandatangan, Amerika boleh naikkan tarif sampai 25%.
Sekarang tinggal 19% je.
Eksport kita masih selamat.
Kerja tak hilang, industri tak lumpuh.

🟦2. Kekal Akses Pasaran RM200 Bilion
Amerika antara pasaran eksport terbesar Malaysia.
Kalau tutup, ribuan SME dan pekerja kilang boleh terjejas.
Dengan RTA, pintu berdagang ke US kekal terbuka. Orang kita ada kerja.

🟦3. Tarik Pelaburan & Teknologi Baharu
Ada bab “critical minerals” dan “digital trade”.
Maknanya teknologi, pelaburan, dan industri baru boleh masuk ke Malaysia.
Kita buka peluang, bukan jual barang sahaja.

🟦4. Kedudukan Strategik ASEAN
Kita negara pertama ASEAN yang siap runding dengan US.
Menunjukkan Malaysia ni stabil, matang, dan terer jugak bab rundingan.

🟦5. Elak Perang Dagang
Kalau tak setuju, US boleh ambil tindakan unilateral (satu hala).
Boleh kenakan sekatan import, cukai baru dan denda.
Dengan perjanjian ni, kita elak perang dagang.

Ini langkah damage control, bukan tunduk dan nak jual negara.

*************

🇺🇸 LIMA MANFAAT UNTUK AMERIKA

🟦1. Kurangkan Defisit Perdagangan
Amerika dah lama import lebih banyak daripada Malaysia berbanding eksport ke sini.
Dengan RTA, mereka boleh seimbangkan balik akaun dagangan.

🟦 2. Pasaran Baru untuk Barang US
Produk kimia, mesin, susu, besi, dan digital boleh masuk Malaysia lebih mudah.
Politik domestik Trump nampak bagus:
“America is winning again,” kata Trump si oyen.

🟦3. Kawal Rantaian Bekalan Strategik
Amerika nak pastikan bahan mentah penting (rare earth, semikonduktor) datang dari negara sahabat.
Malaysia jadi rakan strategik penting.

Nota: Kita pun nak kena jual juga. Timbal baliknya ada. Depa kena bayar ler. Bukan sama masa zaman penjajah British dulu. Itu depa ambil sahaja.

🟦4. Kukuhkan Pengaruh di Asia Tenggara
Selepas lama kawasan ni dikuasai pelaburan China,
RTA ni bagi Amerika tapak semula di rantau ASEAN.

Nota: Tunjukkan Malaysia neutral dan layan dua2 kuasa besar. Takde side mana2.

🟦5. Pamer Kuasa Runding Amerika
Trump dapat tunjuk dia boleh runding “better deals”.
Good optics untuk politik domestik dia.

*************

🧩 JALAN PENYELASAIAN (Dispute Mechanism)

Perjanjian ni binding yakni ada kuasa undang-undang.
Kalau satu pihak rasa pihak lain langgar syarat,
boleh buat aduan dan buka rundingan rasmi.

Contoh:
Kalau Malaysia tiba-tiba buat syarat baru yang sekat import US atas alasan teknikal,
US boleh bawa isu tu ke meja runding semula.

Ada sistem pemantauan, laporan, dan konsultasi dua hala.
Kalau gagal, boleh sampai ke peringkat timbang tara (arbitration).
Tapi semua ikut prosedur. Bukan suka-suka boleh tekan.

Nak senang faham.
Perjanjian ini bukan lesen untuk Amerika tekan sesuka hati. Semua tindakan mesti ikut prosedur dan bukti

*************

🧩MENJAWAB PROAGANDA

♦️”Malaysia Hilang RM1 Trilion?”

Tidak.
Angka RM1 trilion tu bukan duit yang keluar dari kerajaan Malaysia.
Itu nilai dagangan dan pembelian komersial antara syarikat Malaysia–Amerika,
yang diunjurkan sepanjang tempoh perjanjian.
Macam nilai dagangan antarabangsa. Bukan hutang, bukan derma.

Jadi, tak ada RM1 trilion ‘hilang’.
Itu transaksi bisnes, bukan kehilangan duit negara.

*************

♦️”Malaysia Hilang Kedaulatan?”

Pun tidak.
Malaysia masih kawal dasar sendiri.
Tiada tanah dijual, tiada undang-undang diserahkan pada US.
Kalau ada perkara tak dipersetujui, ada ruang untuk runding atau tarik diri ikut prosedur.
Menteri pun dah sebut.
Tiada kompromi terhadap kedaulatan Malaysia.

Bezakan antara jual negara dengan urus negara.

*************

🧩KEBIMBANGAN YANG WAJAR (Valid Concerns)

Kita pun tak boleh sapu semua kritikan sebagai propaganda semata-mata.
Ada kebimbangan yang wajar, dan ini perlu kita pantau dengan mata terbuka.

🟨 Pertama, bila Amerika bercakap tentang “Fair Trade”, selalunya mereka juga akan bawa isu standard buruh, hak digital, dan IP (harta intelek).
Kalau tidak diurus betul, syarat ini boleh jadi tekanan ekonomi.

🟨 Kedua, bila kita buka pasaran untuk barangan asing,
industri kecil tempatan kena diperkasa, supaya tak kalah bersaing.
Kita kena pastikan polisi dalam negara (seperti bantuan SME dan R&D) cukup kuat untuk lindung pemain tempatan.

🟨 Ketiga, sebarang perjanjian jangka panjang perlu laporan berkala dan semakan Parlimen.
Supaya rakyat tahu apa kesannya, bukan hanya dengar bila dah ada isu. Standard lagu tu.

Jadi ya.
Bukan semua yang bising tu salah, cuma kena beza antara kritikan berasas dan serangan politik beremosi.

Sampai syaiton dan jin ifrit pun dilibatkan sekali 🤦🏻‍♀️

*************

✅ PENUTUP

All in all, saya rasakan ini bukan Perjanjian syaitan yang dikatakan Waibe Pembangkang.

Ceritanya, macam PMX dan Menteri MITI runding seorang diri dan jadi boneka Amerika. Apa depa hendak kita main sign sahaja.

Hello Dei…
Yang berunding ni penjawat awam yang berkhidmat untuk negara. Kebanyakannya apolitical. Saya susah nak terima tuduhan mereka ni nak menjual negara.

Walhal masa Waibe Pembangkang dulu jadi Kerajaan, mereka jugak lah yang runding Perjanjian CPTPP. Yang tu lagi extensive dan daring, Waibe2 dan bekas Menteri MITI ikut sahaja. Takde bunyi.

Bagi kita rakyat biasa, yang penting kita kena faham, perjanjian ini ada risikonya, tapi ada juga peluang. Isunya bagaimana pelaksanaan nanti.

Bagi Negara kerdil, saya kira Perunding kita dah cuba habis baik. Sampai Indonesia pun nak ikut kita runding banyak barang zero tariff. Makanya, kita hargai dan doa yang baik2.

Kita juga sebagai pengundi, harus berwaspada. Kalau dengar naratif politik yang terlebih emosi, harus kita semak lagi. Tambah perhalusi.

Kadang yang bangkitkan tu, tak habis mengaji.
Tapi sembangnya melangit tinggi.

Salam hormat,
Liyana Marzuki

NB-
Setiap perjanjian antarabangsa ada ‘red line’ Malaysia sendiri. Itu semua dah dijaga oleh pasukan MITI dan AGC. Bukan orang politik. 

See less

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *