MERDEKA & TALK TO MY MANAGER ![]()
![]()
![]()
.
Alhamdulilah, ulasan saya tentang program terkini Astro, TALK TO MY MANAGER minggu pertama mendapat sorotan baik dari pelbagai media sosial saya. Di Facebook dengan penglibatan 6,653 dan view 123k sesuatu yang agak menarik. Secara mudahnya untuk artikel ini Facebook membayar USD2.83 : RM11.96. ![]()
.
RM bukan sasaran saya dalam penulisan saya. Ianya sekadar pembangkit semangat. Jika viral dan mendapat perhatian di Facebook, Tiktok, Instagram, X, Thread dan YouTube, kepuasannya adalah dapat berkongsi apa yang saya rasa tentang sesuatu hal.
.
Barangkali rasa itu tak sama dan mungkin juga tidak dipersetujui oleh orang lain. Tetapi tidak mengapa. Janji saya terus aktif menulis seperti Tun M dan PMX Anwar Ibrahim yang suka menulis, membaca dan memberi ulasan terkini. Saya mahu otak saya sentiasa kreatif dan ‘berjalan’. Itu sahaja. ![]()
.
Malam ini minggu ke dua TALK TO MY MANAGER. Dan Rosscunn Abdul Aziz ada mengajak saya menonton konsert Merdeka Dr.Sam malam ini di pusat bandar, tetapi malam ini selain tonton TALK TO MY MANAGER, saya ada agenda Merdeka yang lain juga perlu dipenuhi.
.
Salam Merdeka 2025. Semoga kita terus memerdekakan diri kita dari sifat munafik, parasit, hasad dengki dan terus menjadi terbaik untuk negara, Islam , bangsa, keluarga tercinta serta diri sendiri. Merdeka! Merdeka ! MERDEKA!
.
#HariKemerdekaan2025 #MalaysiaMadaniRakyatDisantuni #karyaAnwarRazali #StailistaLevelUp #talktomymanager @sorotan
AGENDA MERDEKA





