TALK TO MY MANAGER DAN FENOMENA AZNIL
.
Kehadiran Pengacara Nombor Satu Malaysia, Datuk Aznil Haji Nawawi adalah pilihan tepat untuk mengemudi program terkini Astro ini. Sebuah program realiti berpaksikan hiburan kekeluargaan, tiada individu lain selayaknya berada di pentas bersama ibu bapa dan artis baharu yang dipertandingkan itu.
.
Lama saya menunggu Aznil hadir dengan sebuah program yang mampu memberikan ‘ sesuatu’ untuk khalayak sekarang. Berhibur disamping ada nilai murni yang mampu diselitkan. Sebagaimana podcast beliau Kita Kita Aje yang memberi fokus kepada sisi berbeza berbanding podcast yang ada sekarang, saya yakin Talk To My Manager bakal mencipta fenomena di bawah Aznil sebagaimana program Akademi Fantasia dan Tom Tom Bak satu ketika dahulu.
.
Saya cadangkan singgahlah ke YouTube Kita Kita Aje! Podcast; setiap episod ada cerita tersendiri yang dicungkil Aznil. Lebih-lebih lagi episod bersama Nabil Ahmad dan Shila Amzah. Hanya individu seperti Aznil Haji Nawawi mampu mencungkil sisi berbeza para tetamunya dengan penuh profesional.
.
Saya tidak mahu sentuh tentang kualiti peserta yang bertanding. Masih terlalu awal. Pentas pertama adalah permulaan langkah seterusnya. Meskipun Amad Dayyan ( Siti Saerah) dan Thalita (Shuib)memberikan persembahan menyakinkan, tetapi saya mengharapkan tumpuan penerbit menyeluruh kepada semua. Hadie( Ina Naim), Ammar Haiqal ( Ameng), Ara Aziz ( Aziz M. Osman), Marsya ( Liza Hanim), Auddra ( Sharifah Shahirah), dan Athalia ( Sharifah Zarina) ada hak untuk terus diberi peluang berkembang.
.
Usah taksub dengan konsep penyingkiran meskipun itu adat pertandingan. Harus diingat ayah ibu mereka insan seni dan anak-anak yang bertanding masih rebung. Jadikan Talk To My Manager sebuah program yang berbeza dari program realiti lain. Aspek berdaya saing, kasih sayang dan nilai murni perlu dilebihkan. 8 bintang baru itu perlu diberi ruang dan peluang seutuhnya sesuai dengan pengalaman seni ibu bapa mereka sendiri.
.
Talk To My Manager pasti gah di tangan Datuk Aznil Haji Nawawi. Beri kebebasan untuk beliau mencurahkan pengalaman beliau selama bergelumang dengan dunia hiburan ini. Saya pasti Talk To My Manager bukan sekadar program realiti. Ianya melangkau daripada itu. ![]()
.
#talktomymanager
#aznilhajinawawi
#astro
#StailistaLevelUp @sorotan
TALK TO MY MANAGER FENOMENA AZNIL





