UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA UMUM KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA FAITHFUL MUSIC
Kerjasama ini bakal memperkukuh usaha domestik dan antarabangsa Universal Music Malaysia serta membuka lebih banyak peluang kepada barisan artis Faithful Music
Universal Music Malaysia (UMM), sebahagian daripadaUniversal Music Group (UMG), peneraju global dalam hiburan berasaskan muzik, hari inimengumumkan perolehan pegangan majoriti dalam Faithful Music, satu label rakaman dansyarikat produksi yang berkembang pesat di Malaysia.
Kerjasama ini bakal memperkukuhkan kedudukan UMM sebagai penyaji muzik tempatanyang unggul – sekaligus meningkatkan keupayaannya dalam memperkukuh pasaranNusantara yang merangkumi Malaysia, Singapura dan Indonesia.UMM juga akan menjadi pengedar eksklusif kepada katalog muzik besar milik Faithful Music. Faithful Music telah diasaskan oleh penyanyi dan penerbit muzik yang telah memenangi pelbagai anugerah, Faizal Tahir, bersama Mike Chan pada tahun 2015.
Label ini telah memainkan peranan penting dalam membangunkan artis-artis berserta karya- karya mereka seperti Santai, Alamak Raya Lagi dan Angau. Kerjasama antara Faithful dan UMM ini akan memperkukuhkan komitmen jangka panjangkedua-dua syarikat dari aspek pelaburan untuk bakat muzik baharu di Malaysia. Selain itu, kerjasama ini juga akan memperkasa keupayaan Faithful Music dan memperluaspotensinya untuk mencipta peluang baharu yang bersifat kreatif dan komersial bagi artis- artis mereka – termasuk melancarkan pengalaman-pengalaman yang berinovatif untuk peminat muzik di negara ini.
“Peluang bekerjasama dengan Universal Music Malaysia sangat mengujakan bagi FaithfulMusic,” kata Faizal Tahir, Pengasas Faithful Music.
“Ini juga satu pengiktirafan besar terhadap kepentingan dan kekuatan lagu serta artistempatan. Faithful Music ditubuhkan dengan kepercayaan bahawa setiap artis, pada setiap peringkat kerjaya mereka, berhak menerima peluang berkualiti tinggi untuk berkembang maju dan berjaya. Kami teruja untuk memperkukuhkan lagi perkhidmatan yang kami tawarkan kepada klien kami menerusi kerjasama ini bersama pasukan Universal Music.”
Sementara itu, Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia berkata: “Bukan sekadar membentuk satu perkongsian, ia juga adalah pelaburan dalam komuniti muzik tempatan yang selari dengan komitmen kami untuk menyokong pencipta muzik yang sedia ada, mahupun bakal-bakal pencipta muzik di masa depan, dengan sokongan bertaraf dunia.
“Mencari rakan kongsi yang berkongsi semangat kami untuk menghasilkan lagu dan rakaman ikonik yang mampu menjana pertumbuhan jangka panjang adalah amat penting – sebab itu kami gembira dapat bekerjasama dengan Faizal, Mike dan pasukan mereka di Faithful Music. Kami teruja untuk mencipta peluang baharu dari sudut komersial dan kreatif untuk artis-artis Faithful Music. Dengan perancangan UMM tahun ini untuk mengembangkan segmen muzik positif dan kanak-kanak, serta membina keupayaan sebagai agensi sehenti untuk rakan jenama, inilah masa yang paling sesuai untuk memulakan babak baharu yang menarikbersama Faithful Music.”
Keputusan untuk kerjasama ini dibuat setelah beberapa kolaborasi antara UMM dan Faithful Music membuahkan hasil yang memberangsangkan. Ini termasuk lagu ‘Raya Pum Pang’ yang meraih lebih sejuta tontonan di YouTube dalam tempoh dua minggu pertama pelancarannya, serta lagu ‘Memang Smart AYE’ yang menampilkan artis-artis baharu dari kedua-dua label – Insomniacks, Sabronzo dari DOLLA, Aziz Harun dan Killa Driz. Lagu ini turut digunakan dalam kempen berskala besar sebagai jingle komersial dan video muzik untuk Samsung Malaysia.
Calvin Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Universal Music Asia Tenggara & Naib Presiden Kanan Asia berkata: “Ini satu penghormatan bagi kami untuk mengalu-alukan Faithful Music – pengkalan ramai artis muda yang berbakat – ke dalam keluarga Universal Music Malaysia.
“Saya sangat teruja dengan peranan yang lebih besar bagi UMM menerusi kerjasama ini, terutamanya untuk pasaran Nusantara yang sedang berkembang pesat dan berpotensi besar.
“Kami tidak sabar dan bersemangat untuk bekerjasama dengan artis-artis ini dengan mempersembahkan bakat mereka kepada lebih ramai pendengar menerusi rangkaian kami yang menyeluruh di peringkat domestik serta antarabangsa.”





