BIG STAGE ALPHA – OT7 ATAU …

FINALIST BIG STAGE ALPHA
SIAPA PILIHAN ANDA?
.
Setelah melihat 7 episod Big Stage Alpha dan malam ini segalanya bakal termaktub siapa yang bakal Top 6 atau kekal OT7, pandangan saya mudah sahaja. Selayaknya mereka yang terpilih layak untuk menang.
.
Ternyata percaturan berani Astro dan Big Stage mencipta gelombang baharu untuk pencarian ‘Boy Band M-Pop’ ini boleh dikatakan berjaya dengan misi dan visinya. Jika digilap dengan betul mereka yang terpilih mampu membawa agenda baharu industri muzik seperti mana Dolla dan KRU.
.
Selepas ini susunlah strategi terbaik untuk bakat yang serba rebung ini. Mereka pasti menjadikan ‘ sesuatu’ untuk industri kita.
.
Malam ini mereka akan berentap. Selamat berjuang semua. Kalah menang adat bertanding. Agenda seni anda selepas ini akan dinilai untuk terus berdaya saing di pentas yang lebih terbuka.
.
Malam tadi saya menonton konsert Rossa Here I Am menyaksikan dua bintang besar Malaysia Hael Husaini dan Ernie Zakri memperlihatkan kehebatan terkini mereka. Keduanya makin membara ke puncak kejayaan setelah jatuh bangun dalam muzik ini. Ternyata apabila sampai ketikanya, sesuatu yang anda usahakan tanpa kekal putus asa akan kembali ke sisi anda dengan gahnya.
.
Hael dan Ernie tidak terus naik. Hal ini wajar finalist Big Stage Alpha sedari. Kejayaan tidak mudah. Untuk kekal nombor satu seperti Biduanita Negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang di Tribute oleh Rossa dan Melly Goselow dalam konsert sebelum ini pun bukan sesuatu yang mudah tetapi bukan mustahil.
.
Baik Siti Nurhaliza, Rossa, Hael Husaini dan Ernie Zakri cerita kejayaan mereka tidak bermula dengan indah sahaja. Ada pengorbanan dan air mata perlu dikorbankan berserta perjuangan tanpa henti dan sokongan para peminat adalah kuncinya. Finalist Big Stage Alpha juga perlu begitu. Belajar dari pengalaman senior anda ye. Anda pasti berjaya.
.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *