AMBANK PERKENAL ILUSTRASI LED UNTA TERBESAR DATO’ LAT

AMBANK PERKENAL ILUSTRASI LED UNTA TERBESAR DATO’ LAT
 
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50, Kumpulan AmBank mempersembahkan ilustrasi LED yang bertenaga bagi maskot kesayangan bank itu, unta yang ikonik hasil sentuhan Dato’ Lat.
 
Penghormatan visual yang menarik ini menandakan kesinambungan kerjasama bersejarah antara AmBank dan Dato’ Lat, yang mana ilustrasi unta lucunya telah sinonim dengan identiti bank selama beberapa dekad. Ianya sekaligus merupakan ilustrasi terbesar Dato’ Lat.
 
Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Emeritus dan Penasihat Kehormat Kumpulan AmBank berkata, “ Melihat unta yang diubai suai oleh Dato’ Lat bersinar di muka depan kaca ibu pejabat kami membawa kembali begitu banyak kenangan terindah. Bangunan ini menjadi saksi kepada pertumbuhan bank selama ini, yang ditakrifkan oleh ketekunan, inovasi dan dedikasi kamu untuk meraikan kecemerlangan kami. Di kala kami menyambut Jubli Emas bank, saya amat bersyukur melihat transformasi luar biasa bank itu menjadi salah satu institusi kewangan terkemuka di Malaysia.”
 
Bangunan AmBank Group terletak di Jalan Raja Chulan dan berdiri megah setinggi 26 tingkat Menara berbentuk trapezoid itu dilancarkan secara rasmi oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad pada 1987. Dengan keanggunan tersendiri, Menara ini terletak di persimpangan yang sibuk menghubungkan Jalan Raja Chulan dan Jalan P.Ramlee memberikan pemandangan yang tidak terganggu pada muka depan kacanya.
 
Dari segi sejarah, Dato’ Lat telah ditugaskan menghasilkan ilustrasi untuk iklan produk AmBank dari 1984 hingga 1991. Karya seni tersebut memberi penghormatan kepada pelbagai personaliti Kumpulan dan peristiwa yang berlaku semasa bank itu dikenali sebagai Arab-Malaysian dengan pendekatan yang santai, lucu dan ringan. Diceritakan semula dengan tema ulang tahun ke-50 AmBank ‘Malaysia Kita , ilustrasi kerjasama baharu telah dihasilkan oleh Dato’ Lat yang merangkumi nilai-nilai perpaduan, kebersamaan dan kepelbagaian. Karya-karya baharu ini akan diterbitkan dalam beberapa minggu akan datang untuk dihayati oleh rakyat Malaysia.
 
Ikuti AmBank dalam meraikan perayaan Ulang Tahun ke-50nya, membawa inisiatif yang merangkul semangat sebenar ‘Malaysia Kita’.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *