STRATEGI TEAM

Terima Kasih atas sokongan
Semoga Allah merahmati kalian 🙏
.
Saya Up poster partner startegi yang selama ini banyak membantu dalam mempromosi, fotografi , Marketing dan segala yang berkaitan dengan majalah Stailista.
.
Dan mengapa saya Up kan kembali poster ini adalah kerana ingin memberi ingatan kepada individu tertentu yang mengaku sebagai team Stailista by Anwar Razali tetapi dalam waktu yang sama membuat tindakan tidak wajar.
.
Ini amat berkait rapat dengan status saya semalam. Saya sedang menyiasat segala kebenaran dan cerita sebalik apa yang dicetuskan itu. Saya yakin saya memiliki bukti dan saksi yang kukuh atas segala tuduhan tersebut.
.
Dalam usia Stailista 15 tahun ini saya perlu bertegas tentang sesuatu yang menjatuhkan nama Stailista. Bukan mudah untuk kekal dengan jenama Stailista ini sehingga sekarang. Ianya adalah semangat dan kekuatan untuk saya. Jika ada yang memandang hina, menuduh bukan bukan, mana mungkin saya mampu berdiam diri. Andai ternyata saya tersilap, terlepas pandang saya akan akui tetapi sekiranya tuduhan itu tidak berasas, anda perlu bersedia dengan apa yang anda akan tempuhi nanti.
.
Stailista bukan majalah yang hebat seperti pilihan anda, tetapi memperlekehkan usaha 15 tahun saya membawa jenama Stailista secara bersendirian dengan bantuan teman-teman yang mengerti impian saya, adalah tidak adil tindakan begitu . Jangan tikam belakang sementara apabila di hadapan saya bertanam tebu di bibir. Saya lebih menghargai musuh yang memusuhi saya secara terangan daripada mereka yang mengaku sahabat tetapi umpama musuh dalam selimut.
.
Usia 15 tahun tempoh matang akil baligh dan jika dalam persekolahan sedang bersiap dalam SPM. Hakikatnya saya tidak mengharapkan pujian keterlaluan tetapi sokong lah saya sebagaimana anda juga ingin disokong serta dihargai bila berimpian melangit . Itu sahaja permintaan saya.
.
Saya doakan segalanya akan baik-baik untuk kita semua. Ramadan bakal menjelang , semoga rahmat dan rahmatNya menjadi milik kita. Ameen .
.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *