AJL39 -PERANG VOKAL

AJL39 : PERANG VOKAL 🔥
.
Melihat barisan finalis Anugerah Juara Lagu 39, saya melihat ianya medan ‘Perang Vokal Terbaik’. Ianya mungkin kebetulan atau strategi terkini pihak TV3 untuk menaikkan rating AJL. Apatah lagi dengan kritikan pada ABPBH lalu dan kejayaan ASA2024 oleh RTM, ianya tamparan untuk TV3 hadir dengan plan berbeza.
.
Daripada Hafiz Suib, Ernie Zakri, Aina Abdul yang pernah menang vokal terbaik, Marsha Milan dengan persembahan terbaik, kehadiran Amir Masdi dengan suara maskulin serta bintang dalam ciptaan Nadeera, maka AJL39 bukan sekadar mencari lagu terbaik tetapi sekaligus siapa vokal terbaik antara yang terpilih itu. Menarik bukan?
.
Sebenarnya untuk usia 39 tahun AJL perlu sentiasa kreatif dan mencari idea baharu agar terus kekal relevan sesuai dengan prestijnya. Pun begitu di sebalik percaturan tersebut, saya ingin menarik perhatian pada beberapa lagu terutama daripada Haqiem Rusli, Khai Bahar, Usop dan Tomok serta Siti Nordiana yang bermood genre 90an tersingkir.
Sewajarnya dalam ghairah mencari lagu yang dikatakan trend terkini, usahlah diketepikan lagu genre sebegitu.
.
Saya tertarik juga dengan tweet Ernie Zakri yang barangkali terkilan mengapa lagu Belakang Tabir nyanyian Syamel tidak terpilih. Lagu tersebut juga hebat dah vokal Syamel juga tiada taranya. Nyatanya memilih hanya 10 buah lagu ke pentas akhir menjadi cabaran untuk para juri dan mereka yang bertanding. Hanya yang benar menyerlah akan terpilih .
.
Apapun untuk AJL39, telitikan siapa hostnya. Cukup seorang yang hebat untuk mengendalikan tanpa skrip yang merapu. Fokus pada lagu sahaja. Mungkin untuk persembahan pembukaan atau selingan undanglah Biduanita Negara Dato’ Sri Nurhaliza maupun Dato’ M.Nasir dengan konsep budaya rakyat. Memandangkan semua lagu yang bertanding tiada lagu irama Malaysia, segmen sebegitu perlu ada untuk memeriahkan AJL39.
.
stailista-glamz.net
#AJL39
#TV3 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *