ZUE DI SEBALIK ZBLESSCO EMPIRE

Ceritakan siapa anda dan kerjaya, serta perkembangan terkini anda?
Saya Zunaida Othman berasal dari Seberang Kota Kuala Kedah. Mula berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1993 menuntut di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN Peretak) dalam Jurusan Kecantikan dan Dandanan Rambut. 1994, tamat belajar terus menjadi make-up artist HVD dan seterusnya sebagai Professional Make-Up Artist Bermula sehingga kini . Saya juga merupakan Penceramah Bebas melaksanakan Program Usahawan kecantikan Mobile beauty salon industry serta membuka Perniagaan Zblessco Detox Centre Pusat Kecantikan dan Turut memiliki Daniel’s Brother Cafe Sizling & Western di Shaftsbury Putrajaya.


Untuk 2024, apakah misi dan Visi anda?
Untuk 2024 misi saya ingin membantu belia-belia, ibu tunggal dan suri rumah tangga yang berminat mempelajari skills Beauty Consultant untuk menjadi usahawan berkemahiran Malaysia serta kursus dan program Rawatan kulitwajah- Facial Detox, professional make-up artist dan dandanan serta mendidik mereka belajar bidang kemahiran demi masa depan diri dan keluarga. Misi utama saya untuk mendidik wanita berjaya meningkatkan ekonomi negara dan keluarga serta memberi peluang mereka belajar bagaimana mempromosikan perniagaan produk jenama mereka sendiri melalui Magazine Business Strategy Partner.


Apakah cabaran terbesar anda untuk bersaing sebagai ahli perniagaan seterusnya meletakkan jenama Zblessco sebaris dengan yang lain ?
Zblessco Cosmetic Malaysia telah mendidik ramai wanita cara yang betul merawat kulit wajah. Bagi saya tidak ada istilah persaingan kerana Zblessco Detox Skin Solutions adalah produk program dan dilaksanakan program Usahawan kecantikan Home Mobile beauty salon industry.ia keperluan sebenar oleh salon kecantikan yang memerlukan skil knowledge dan ilmu baru dalam merawat kulit wajah dan cara membuang bahan kimia dari dalam kulit wajah .


Antara momen dan anugerah terindah pernah anda lalui di sepanjang kerjaya sebagai Make-Up Artist lebih 20 tahun ini?
Alhamdulillah sebagai insan di industri kreatif professional make-up artis filem, drama, iklan komersil, majalah dan wedding planner serta penceramah bebas dalam kemahiran kecantikann serta melaksanakan jemputan dari IKBN, Kolej Komuniti, Kementerian Belia Dan Sukan, Program Bersama Mara Pusma dan KEMAS. Pada 2013 Kementerian Belia dan Sukan menganugerahkan saya Anugerah Ushawan IKBN Malaysia mewakili Industri Kecantikan Solekan dan Rambut IKBN Peretak. Saya juga terlibat dalam program 1Malaysia Home Beauty Salon & Studio Industry di PICC untuk Kementerian Belia dan Sukan, sehingga kini saya laksanakan melalui ngo KPM SOLUTION ACADEMY
.

Untuk remaja ingin terlibat dalam kecantikan, spa serta cafe, apa nasihat terbaik anda untuk mereka?
Dalam hidup ini intuk melakukan sesuatu kerjaya, kita tidak perlu minat. Kita perlu pupuk dan membuka minda kita mempelajari semua kemahiran yang ada. Kepada belia dan wanita yang berminat dalam bidang kecantikan dan fnb boleh mendaftar dengan Zue Beauty Studio Academy x Zblesco Empire Shaftsbury Putrajaya, sementara untuk F&B di Daniel’s Brother Empire. Saya akan membantu di bawah kelab profesional multiskill usahawan berkemahiran Malaysia KPM Solution Academy.
.

Siapakah idola anda dalam bidang usahawan ini dan mengapa memilih beliau?
Sebenarnya saya tidak pernah memiliki idola. Perhalanan hidup saya sudah diatur oleh Allah dan semua bidang kemahiran yang saya lakukan sekarang sebenarnya bukan minat saya, tetapi saya tetap boleh lakukan dan laksanakan sebaik mungkin. Apapun Idola Saya adalah diri sendiri. Sentiasa percaya diri dan jangan mudah putus asa Jika gagal bangkit semula dan perbaiki kesilapan.
.

Bakat lain yang ramai tidak tahu tentang diri anda?
Saya memiliki banyak kemahiran dalam beauty salon make-up effect. Saya pernah menjadi Personal Make Up Artis Janet Khoo dan beberapa artis lain. Saya boleh menjadi chef di Daniel’S Brother Cafe. Kepakaran saya masak shellout Ketam Setalam dan western chicken chop serta Sizzling Yee Mee. Sudah 3 tahun dalam perniagaan F&B dan alhamdulillah masih bertahan sehingga kini.


Prinsip hidup anda?
Dalam hidup ini jangan pernah memberi alasan untuk berjaya kerana hidup ini anda yang mencorakkannya. Dan sentiasa menghormati orang lain jika anda ingin dihormati. Sentiasa membantu insan lain yang susah tanpa meminta balasan. Lakukan dengan ikhlas.


Sebagai seorang usahawan, apakah rahsia anda untuk terus kekal bergaya, petah berbicara serta disenangi ramai? Dalam perniagaan pr itu penting.Tunjukkan teladan yang baik. Jadi diri sendiri. Ikhlas dalam perniagaan, jujur membantu, jangan kedekut, sombong dan sentiasa positif dalam setiap ujian diberi.


5 tahun dari sekarang anda adalah?
Insya-Allah Zblessco Detox Centre akan membuka cawangan ke seluruh Malaysia.


Motivasi hidup anda?
Saya anak nelayan. Untuk berjaya mengubah hidup keluarga, saya perlu mencari ilmu kemahiran. Peluang menuntuk di IKBN Pertak mengubah masa depan hidup saya. Dengan bimbingan guru-guru Puan Ruby, Puan Nora, Puan Shikin, mereka mendidik saya sehingga menjadi profesional mekap artis. Ketika bekerja dengan produksi HVD, sifu saya Mary Kang mendedahkan saya dengan solekan untuk tv pula sehingga pernah menyolekkan artis dari Hong Kong. Dugaan menjadi balu di usia muda ketika mengandung anak ke dua banyak mematangkan saya mengenal erti kehidupan sebenar.
Alhamdulilah, salon pertama saya dibuka semasa menjadi balu dan cawangan kedua Zue Beauty Studio Academy di Shaftsbury adaalah bukti jika ada impian insya-Allah apa dugaan pun tetap ditempuh tanpa putus asa.

 

Biodata :
Nama penuh : Zunaida Bt Othman
Nama komersil : ZUE
kerjaya : Anugerah Usahawan IKBN Malaysia Usahawan kecantikan IKBN Peretak
Pendidikan : Institut Kemahiran Belia Negara IKBN Peretak
Asal : Negeri Kedah Kuala Kedah
Adik beradik: 3 perempuan 1 lelaki Saya anak ke 3
Hobi : Olahraga 100 meter dan bola jaring
Anugerah : Olahragawati Sekolalh kebangsaan Kuala Kedah dan Olahragawati SMTL(Sekolah Menengah Tengku Laksamana juga di IKBN Peretak Pertandingan Bola Jaring Sukan IKBN Malaysia.
Facebook : Zunaida Othman
/page Zue beauty academy.
page zblessco Detox centre shaftbury Putrajaya
Tiktok zue beauty Academy 0193819824.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *