Perkembangan terkini anda?
Saya sedang menyiapkan beberapa projek lagu yang bakal menemui peminat pada bulan puasa, ada juga selepas raya.
Visi anda untuk 2024?
Untuk 2024, saya ingin terus memantapkan mutu nyanyian saya, disamping itu saya ingin mengembangkan bakat saya dalam bidang lakonan pula.
Ceritakan tentang single terkini anda Tango?
Tango memberikan impak yang baharu terhadap imej Amir Hasan, sebab sebelum saya sebagai penyanyi, bukannya rapper. Alhamdulilah percubaan saya ini diterima jugaklah sekaligus Tango meletakkan saya kembali di pentas muzik industri seni ini.
Matlamat anda bergelar anak seni ini? Apakah sekadar ingin mengejar glamour atau ada visi tertentu?
Saya memasuki industri seni ini dengan matlamat saya mencuba dan menceburi setiap bidang yang ada seperti lakonan, hosting, nyanyian dan sewaktu dengannya. Seperti idola saya Alif Satar. Saya nak jadi seperti beliau yang versatile. Biar orang kenal Amir Hasan ini dengan imej yang tersendiri seperti Alif Satar yang serba boleh.
Nasihat anda untuk para remaja yang ingin terjun ke bidang seni ini?
Saya boleh kata konsistensi perlu ada, sentiasa ada matlamat dan paling penting sabar itu perlu ada untuk menjadi anak seni.
Komen anda tentang kepesatan pengaruh media sosial; apakah ianya mampu memberi kebaikan atau sebaliknya untuk artis baharu seperti anda?
Tidak kira lama atau baharu, gunakan media sosial ini sebagai platform yang memberi positiviti dan manfaat kepada orang lain, juga menghiburkan. Jangan kita menggunakan ia sebagai platform untuk melepaskan amarah kita terhadap individu tertentu. Menulis sesuatu yang kurang baik. Kita fokus kepada sesuatu yang memberi kebaikan untuk semua.
Bagaimana anda menghadapi kritikan dan persaingan?
Saya mengambil kritikan itu sebagai satu nasihat dan saya tukarkan ianya sebagai satu peluang saya untuk memperbaiki apa yang terkurang. Persaingan adalah sesuatu yang bagus kerana menjadikan saya lebih berdaya saing, lebih semangat untuk menjadi lebih baik dan terbaik.
Selebriti kegemaran anda?
Alif Satar. Beliau serba boleh, family man, kemas, business minded.
Prinsip hidup anda?
Jangan pernah berhenti, sentiasa beringat dan bersabar. Bahagia itu datang daripada diri sendiri.
Siapa selebriti negara yang anda inginkan untuk berkolaborasi?
Saya ingin berganding dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Saya akan buat lagu seperti Dua Dunia – Too Phat. Ianya sesuatu yang saya rindukan untuk mendengar suara RnB TokTi.
Selain bergelar komposer dan penyanyi, apa lagi bidang seni lain yang ingin anda ceburi?
Saya nak latihkan diri lagi dengan lebih sempurna dalam bidang pengacaraan dan lakonan.
Gambarkan diri anda dalam tiga perkataan?
Happy go lucky, random dan cheeky. Kot lah. Hahaha…
Pesanan anda terhadap peminat dan penyokong anda?
Alhamdulilah saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat, penyokong yang support saya sejak dulu hingga sekarang. Semoga terus menyokong Amir Hasan ye. Insya-Allah saya akan terus berkarya dengan karya bermutu untuk anda semua.
Biodata :
Nama penuh : Amir Abu Hasan
Nama Komersil : Amir Hasan
Tarikh Lahir : 26 Disember 1996
Asal : Kuala Lumpur
Instagram : @amrhsn_





